S1. | Apakah itu eMas-KT? |
J1. | eMas-KT merupakan akaun pelaburan emas (‘Akaun eMas-KT’) melalui platform digital yang
patuh Syariah bagi belian dan jualan emas mutu ketulenan 999.99 di mana transaksi
disokong dengan emas fizikal.
Emas tersebut akan disimpan bagi pihak Anggota KT (‘Pelanggan’) dan Pelanggan boleh mendapatkan emas fizikal tersebut dalam pelbagai bentuk dan berat yang pelbagai tertakluk kepada caj dan kos yang terlibat. |
S2. | Adakah eMas-KT menawarkan sistem pemasaran pelbagai peringkat/ multi-level marketing (MLM) seperti yang terdapat di pasaran pelaburan emas masa kini? |
J2. | Tidak, eMas-KT bukan MLM dan ianya hanya menawarkan pelaburan emas secara individu. |
S3. | Apakah yang akan terjadi sekiranya pasaran harga emas merosot berbanding harga belian Pelanggan yang terdahulu? |
J3. | Pasaran harga emas sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan ekonomi semasa. Oleh itu, sekiranya pasaran harga emas merosot berbanding harga belian Pelanggan, nilai pegangan emas semasa Pelanggan turut merosot dan sebarang risiko yang membawa kepada perubahan harga emas perlulah ditanggung oleh Pelanggan sendiri. |
S4. | Adakah eMas-KT menawarkan sistem kod perujuk bagi tujuan komisen? |
J4. | Tidak, eMas-KT tidak menyediakan kod perujuk bagi sebarang tujuan komisen. |
S5. | Bolehkah eMas-KT didagangkan bagi pihak ketiga? |
J5. | eMas-KT tidak boleh didagangkan bagi pihak ketiga dan segala transaksi adalah di bawah tanggungjawab Pelanggan sendiri. |
S6. | Adakah emas yang telah ditukarkan kepada emas fizikal boleh dicagarkan di ArRahnu- KT? |
J6. | Ya, emas yang telah ditukarkan kepada emas fizikal boleh dicagarkan di ArRahnu-KT dan mana-mana Ar-Rahnu berdasarkan kepada terma dan syarat penyedia. |
S7. | Adakah KT bertanggungjawab dalam menyimpan emas yang telah dibeli oleh Pelanggan di platform digital? |
J7. | Tidak, emas yang telah dibeli oleh Pelanggan di platform digital akan disimpan oleh penyedia perkhidmatan peti besi keselamatan yang telah dilantik dan bertanggungjawab menyimpan emas tersebut sehingga penukaran kepada emas fizikal dilakukan oleh Pelanggan. |
PENDAFTARAN | |
S8. | Siapakah yang layak membuka Akaun eMas-KT? |
J8. | Anggota KT yang mempunyai KTOnline layak untuk membuka Akaun eMas-KT. |
S9. | Apakah proses yang perlu dilakukan oleh Pelanggan bagi belian dan jualan di platform digital? |
J9. | Bagi memulakan sebarang transaksi di platform digital, Pelanggan perlu membuat penetapan kod sekuriti transaksi di mana kod tersebut akan digunakan bagi setiap transaksi. |
S10. | Adakah Pelanggan boleh membuat penukaran kod sekuriti transaksi? |
J10. | Ya, Pelanggan boleh membuat penukaran kod sekuriti transaksi pada bila-bila masa tanpa sebarang had |
TRANSAKSI | |
S11. | Bolehkan Pelanggan membuat transaksi eMas-KT secara terus di kaunter KT? |
J11. | Tidak, Pelanggan tidak boleh membuat transaksi secara terus di kaunter KT kerana penawaran produk ini hanya melalui platform digital sahaja |
S12. | Bolehkah bayaran untuk belian dan penerimaan bagi jualan emas dibuat melalui Akaun Simpanan KT? |
J12. | Tidak, buat masa kini, segala bayaran dan penerimaan transaksi jualan dan belian emas tidak tersedia melalui Akaun Simpanan KT namun, platform digital menyediakan kaedah Pertukaran Proses Kewangan/Financial Process Exchange (FPX) dengan pilihan pelbagai bank di Malaysia. |
S13. | Adakah Pelanggan boleh membuat sebarang transaksi selepas waktu pengoperasian eMas-KT? |
J13. | Tiada sebarang transaksi dibenarkan selepas tamat waktu pengoperasian bermula dari 12 tengah malam sehingga 7.59 pagi. Namun begitu, Pelanggan masih boleh mengakses platform digital bagi tujuan semakan sahaja. |
S14. | Adakah Pelanggan dibenarkan membuat tempahan masa depan (future order) bagi eMas-KT? |
J14. | Tidak, buat masa kini ciri tersebut masih belum tersedia. |
S15. | Apakah yang boleh dilakukan sekiranya Pelanggan tidak dapat mengakses Akaun eMas-KT? |
J15. | Sebarang masalah teknikal berkaitan eMas-KT perlulah dilaporkan kepada KT Customer Care bagi tindakan susulan |
S16. | Apakah bentuk nilai simpanan dalam Akaun eMas-KT? |
J16. | Nilai simpanan dalam eMas-KT adalah dalam bentuk gram emas, menjadikan nilai emas tersebut berubah mengikut perubahan harga semasa |
PENUKARAN KEPADA EMAS FIZIKAL | |
S17. | Apakah yang perlu dilakukan sekiranya Pelanggan ingin membuat penukaran kepada emas fizikal? |
J17. | Pelanggan yang ingin membuat penukaran kepada emas fizikal perlu melengkapkan permohonan tersebut melalui KTOnline di platform digital dan membuat bayaran fi dan caj yang terlibat. |
S18. | Adakah setiap belian emas perlu ditukarkan kepada emas fizikal? |
J18. | Tidak, setiap belian emas tidak perlu ditukarkan kepada emas fizikal. Sebaliknya Pelanggan juga boleh menjual kembali emas yang telah dibeli kepada KT mengikut harga belian pada waktu itu. |
S19. | Berapa lamakah emas yang dibeli boleh disimpan sehingga penukaran kepada emas fizikal dibuat? |
J19. | Tiada had masa yang ditetapkan bagi penyimpanan emas sehingga penukaran kepada emas fizikal. Namun begitu emas tersebut akan dikenakan caj penyimpanan setiap bulan berdasarkan kepada jumlah (gram) emas, sehingga ianya ditukarkan kepada emas fizikal. |
S20. | Mengapakah caj penukaran kepada emas fizikal dikenakan? |
J20. | Caj penukaran kepada emas fizikal dikenakan kerana ketika belian emas dilakukan dan disimpan oleh penyedia perkhidmatan peti besi keselamatan, emas tersebut adalah dalam bentuk jongkong kas emas (cast gold bar). Apabila Pelanggan memohon bagi penukaran kepada emas fizikal, bar kas emas tersebut akan diolah menjadi jongkong emas ditempa (minted gold bar) yang lebih bernilai bagi simpanan dan jualan masa hadapan. |
S21. | Apakah Pelanggan diberi pilihan memilih reka bentuk bagi penukaran kepada emas fizikal? |
J21. | Tidak, Pelanggan tidak diberi pilihan memilih reka bentuk bagi penukaran kepada emas fizikal dimana ianya telah tersedia mengikut pilihan gram emas tersebut. |
S22. | Apakah nilai minimum dan maksimum bagi penukaran kepada emas fizikal? |
J22. | Nilai minimum bagi penukaran kepada emas fizikal adalah serendah 0.5 gram dan maksimum sehingga 100 gram. |
S23. | Adakah emas yang telah ditukarkan kepada emas fizikal boleh dijual kembali kepada KT? |
J23. | Tidak, emas yang telah ditukarkan kepada emas fizikal tidak boleh dijual kembali kepada KT. Namun yang demikian, KT menawarkan kemudahan Ar-Rahnu bagi tujuan pencagaran emas |
S24. | Apakah fi dan caj yang perlu ditanggung? |
J24. | Fi dan caj bagi penukaran kepada emas fizikal adalah berbeza mengikut gram emas tersebut. Sila rujuk laman web kami bagi maklumat lanjut berkaitan fi dan caj. |
S25. | Berapa lamakah masa yang diambil untuk menerima emas fizikal? |
J25. | Selepas Pelanggan menyempurnakan permohonan penukaran kepada emas fizikal, Pelanggan akan menerima emas fizikal tersebut dalam tempoh masa lima (5) sehingga ke tujuh (7) hari bekerja |
S26. | Apakah yang perlu dilakukan oleh Pelanggan sekiranya mereka tidak menerima emas fizikal dalam tempoh tersebut? |
J26. | Sekiranya Pelanggan tidak menerima emas dalam tempoh tersebut, Pelanggan hendaklah menghubungi KT Customer Care di talian 03-2303 0000 dan dalam masa yang sama membuat laporan polis bagi tindakan selanjutnya. |
S27. | Siapakah yang perlu bertanggungjawab dalam situasi kehilangan emas semasa penghantaran? |
J27. | Dalam situasi kehilangan emas semasa penghantaran, pihak Takaful/Insurans akan bertanggungjawab dan Pelanggan tidak perlu gusar kerana emas tersebut sentiasa dilindungi. |