1. PENGENALAN
1.1. | Anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini sebelum anda memutuskan untuk membuka akaun pelaburan emas dan melakukan transaksi berkaitan dengan produk ini. |
1.2. | eMas-KT adalah sebuah kolaborasi antara Koperasi Tentera (“KT”) dan GO Capital Growth (“GO”) di mana KT akan bertindak sebagai ejen kepada GO dalam memasarkan dan mempromosikan eMas-KT melalui platform dagangan emas digital (“Platform”) yang disediakan oleh GO. |
1.3. | Pelanggan dengan ini melantik GO sebagai wakil bagi mengenalpasti, mengatur dan membayar penyedia perkhidmatan bilik kebal keselamatan untuk menyimpan emas fizikal Pelanggan dengan selamat. Oleh yang demikian, sebarang perkara yang berkaitan dengannya adalah di antara Pelanggan dan GO. |
1.4. | KT/GO boleh menyemak Terma-Terma dan Syarat-Syarat ini dari semasa ke semasa, dan perubahan tersebut akan berkuatkuasa sebaik sahaja ianya disiarkan di Platform tanpa sebarang notis. Sekiranya anda terus menggunakan Platform ini atau berhubung dengan kami, anda dianggap telah bersetuju dengan perubahan tersebut setelah kami siarkannya di Platform. |
2. TAFSIRAN
Dalam keadaan yang berikut:
2.1. | Akaun: bermaksud akaun eMas-KT yang dibuka melalui Platform. |
2.2. | Matawang: Transaksi di dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja. |
2.3. | Pelanggan (anda): Mana-mana individu yang merupakan pemegang akaun dan melakukan transaksi melalui Platform. |
2.4. | Penjaga: GO bertindak sebagai penjaga eMas-KT untuk mengenalpasti, mengatur dan membayar penyedia perkhidmatan bilik kebal keselamatan bagi menyimpan bar emas fizikal dengan selamat. |
2.5. | Emas Digital: Emas yang diurusniagakan melalui Platform. |
2.6. | Akaun Dorman: Akaun yang tidak mempunyai sebarang baki emas dan tanpa transaksi debit atau kredit selama 6 bulan, tidak termasuk fi simpanan. |
2.7. | Amaun Emas: Semua transaksi di dalam Ringgit Malaysia (RM) bersamaan dengan kuantiti emas yang diurusniagakan mengikut harga emas pasaran semasa yang ditetapkan oleh GO. |
2.8. | Pembelian Awal: Pembelian pertama Emas Digital yang dilakukan oleh Pelanggan semasa pembukaan akaun eMas-KT. |
2.9. | LBMA: London Bullion Market Association (LBMA), yang ditubuhkan pada 1987, merupakan persatuan dagangan antarabangsa yang mewakili pasaran bulion global atas kaunter, yang mentakrifkan dirinya sebagai “pihak berkuasa global bagi logam berharga”. Ia mempunyai keahlian sebanyak lebih kurang 150 firma di seluruh dunia, termasuk pedagang, penapis, pengeluar, pelombong, pemfabrikasi emas dan mereka yang menyediakan perkhidmatan penyimpanan dan kiriman penghantaran yang terjamin. |
2.10. | Harga Pasaran Emas Langsung: bermaksud harga yang dipautkan kepada harga emas yang disediakan oleh LBMA di London. |
2.11. | Platform: laman sesawang bagi menjalankan transaksi Emas Digital yang diuruskan oleh GO. |
2.12. | Sandaran: Emas Digital yang dijual melalui Platform adalah disandarkan kepada jongkong emas seberat 1,000 gram atau 1 kg yang disimpan di dalam bilik kebal keselamatan yang telah ditetapkan bagi pihak Pelanggan. |
2.13. | Bilik Kebal Keselamatan: Safeguards G4S Malaysia (SG4S) telah dilantik oleh GO untuk menyimpan jongkong emas fizikal dengan selamat. |
2.14. | Terma-Terma: Terma-terma dan Syarat-syarat yang dinyatakan di sini. |
3. KONTRAK SHARIAH
3.1. |
eMas-KT adalah produk patuh syariah yang berasaskan konsep syariah yang berikut:
|
4. TUJUAN
4.1. | Pelanggan dengan ini mengaku bahawa semua transaksi adalah dijalankan mengikut Terma-Terma dan Syarat-Syarat yang dinyatakan di sini. |
5. PEMBUKAAN AKAUN
5.1. | Semua permohonan hendaklah menerusi Platform dan tertakluk kepada kelulusan oleh KT berdasarkan kelayakan Pelanggan. | ||||||||||||||||
5.2. |
Untuk melayakkan anda untuk membuka Akaun, anda hendaklah mewakili dan menjamin bahawa:
|
||||||||||||||||
5.3. | KT mempunyai hak untuk menolak permohonan disebabkan oleh ketidaklayakan berdasarkan Klausa 5.2 di atas. |
6. AKSES PIHAK KETIGA
6.1. | Anda digalakkan untuk mengisi butiran wakil peribadi/waris peribadi anda semasa pendaftaran Akaun anda sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak dijangka. Anda hendaklah memaklumkan kepada wakil peribadi/waris anda, beliau/mereka adalah tertakluk kepada kriteria yang sama bagi Pelanggan termasuk semakan identiti peribadi dan tempat kediaman. |
7. AKAUN DORMAN
7.1. | Pelanggan hendaklah memastikan Akaun anda mempunyai transaksi yang aktif atau Akaun akan dianggap sebagai Akaun Dorman sekiranya Akaun tersebut tidak mempunyai baki emas dan tiada sebarang entri debit dan kredit sepanjang enam (6) bulan yang terkini, tidak termasuk Fi Simpanan. Pelanggan akan menerima notifikasi sebagai peringatan untuk mengaktifkan Akaun atau membuat pilihan untuk menutup Akaun. |
8. PENUTUPAN AKAUN
8.1. | GO mempunyai hak untuk menutup Akaun Pelanggan sekiranya GO tidak menerima sebarang maklumbalas daripada Pelanggan atau Akaun berstatus dorman selama lebih daripada enam (6) bulan. |
8.2. | Pelanggan boleh menutup Akaun sekiranya tiada baki emas yang tinggal di dalam Akaun. |
8.3. | Sebarang Fi Simpanan yang tertunggak akan ditolak daripada Akaun sebelum penutupan Akaun. |
8.4. | Sekiranya berlaku kematian Pelanggan, penutupan Akaun hanya boleh dilaksanakan oleh wakil peribadi/warisPelanggan. |
8.5. | Pelanggan boleh memohon untuk menutup Akaun melalui KT Customer Care dan proses akan mengambil masa sehingga 2-3 hari bekerja bagi tindakan lanjut oleh GO. Notifikasi melalui emel akan dihantar berkenaan penutupan akaun. |
9. DATA PERIBADI
9.1. | Pelanggan bersetuju bahawa semua maklumat yang diberikan kepada KT dan GO adalah selari dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2001 (PDPA) dan mana-mana undang-undang atau peraturan-peraturan perlindungan data yang lain, dan anda akan mengambil semua langkah-langkah yang diperlukan bagi memastikan semua undang-undang dan peraturan-peraturan berkaitan perlindungan data dipatuhi sepenuhnya. | ||||||||
9.2. | Pelanggan dengan ini menyatakan persetujuan dan memberi kuasa kepada KT dan GO untuk mengumpul, memproses, mendedahkan, memindahkan, menyelenggara, menyimpan dan mengekalkan data peribadi anda yang diberikan kepada atau yang diperoleh oleh KT dan GO mengenai anda dan Akaun anda selari dengan Notis Privasi KT. Pelanggan dengan ini mengesahkan bahawa Pelanggan telah membaca Notis Privasi KT di laman web KT www.katmb.com.my dan bersetuju untuk terikat dengan Notis Privasi KT tersebut. | ||||||||
9.3. |
Pelanggan dengan ini membenarkan dan bersetuju untuk KT dan GO mendedahkan data keadaan kewangan peribadi, perincian berkaitan Akaun dan hubungan kepada pihak berikut dan bagi tujuan penggunaan data peribadi Pelanggan yang berikut:
|
10. BENCANA DI LUAR KAWALAN
10.1. | Sebarang peristiwa atau situasi yang berada di luar kawalan munasabah KT/GO dan termasuk, tanpa had:
|
||||||
10.2. | KT/GO tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana Pelanggan atau pihak ketiga atas sebarang kerugian atau kerosakan berkaitan ketidakupayaan menggunakan Platform, kehilangan wang simpanan /pendapatan yang dijangkakan, sebarang kerugian atau kerosakan tidak langsung atau turutan, liabiliti, kecederaan, perbelanjaan sekiranya KT/GO tidak dapat melaksanakan atau menyediakan perkhidmatan disebabkan oleh Bencana di Luar Kawalan. |
11. PEMBELIAN EMAS
11.1. | Pelanggan mengaku bahawa:
|
||||||||||||||||
11.2. | Anda ditawarkan untuk membuat pembelian minimum Emas Digital pertama dan selanjutnya bernilai RM10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh) berdasarkan harga pasaran emas semasa yang dipaparkan di Platform. | ||||||||||||||||
11.3. | Harga belian yang dinyatakan di Platform adalah ditetapkan oleh GO mengikut budi bicara GO dengan mengambil kira semua faktor yang berkaitan. | ||||||||||||||||
11.4. | Anda ditawarkan pilihan untuk membuat pembelian Emas Digital samada di dalam bentuk gram atau Ringgit Malaysia. | ||||||||||||||||
11.5. | Transaksi boleh dilakukan setiap hari dari 8.30 pagi sehingga 11.59 malam, 365 hari setahun. | ||||||||||||||||
11.6. | Had transaksi belian harian anda adalah sehingga 1,000 gram/1kg sepanjang waktu dagangan dan/atau hari bekerja. GO berhak membatalkan atau mengundurkan sebarang pembelian anda yang melebihi had transaksi harian. | ||||||||||||||||
11.7. | GO berhak untuk mengubah had transaksi harian dengan menyiarkan notis di dalam Platform. | ||||||||||||||||
11.8. | Anda adalah bertanggungjawab untuk memastikan Harga dan Transaksi adalah mengikut pilihan sebelum melakukan pembelian. | ||||||||||||||||
11.9. | Pembatalan dan pemulangan tidak akan terpakai sebaik sahaja transaksi disahkan. | ||||||||||||||||
11.10. | Anda mengakui bahawa belian asal dan pembelian seterusnya adalah tertakluk kepada budi bicara GO dari semasa ke semasa dengan memaparkan notis di Platform. |
12. PENYIMPANAN
12.1. | Hak undang-undang, pemilikan, kepentingan, dan harta anda di dalam Akaun adalah terletak pada anda pada setiap masa; |
12.2. | Anda dengan ini bersetuju melantik GO, dan GO bersetuju untuk bertindak sebagai penjaga bagi Akaun dengan mengenalpasti, mengatur dan membayar penyedia perkhidmatan bilik kebal keselamatan bagi menyimpan jongkong emas fizikal dengan selamat. |
12.3. | Sebagai sebahagian daripada peranan GO sebagai penjaga, GO hendaklah memastikan keselamatan jongkong emas adalah dilindungi melalui insurance/takaful. |
12.4. | Anda tidak akan mempertanggungjawabkan GO bagi sebarang kerugian, caj dan liabiliti akibat daripada kecuaian penyedia perkhidmatan bilik kebal keselamatan. |
12.5. | GO pada bila-bila masa berdasarkan budi bicaranya menetapkan prosedur yang berkenaan berkaitan deposit dan/atau pengeluaran jongkong emas fizikal apabila difikirkan munasabah dan besesuaian oleh GO. |
12.6. | Sekiranya GO menghentikan perniagaan atau operasi atau dibubarkan, GO akan menugaskan entiti yang sah di sisi undang-undang untuk bertindak sebagai pentadbir untuk mencairkan emas yang dimiliki oleh anda di dalam Ringgit Malaysia berdasarkan harga pasaran dan kos pencairan tersebut adalah ditanggung oleh Pelanggan. |
13. JUALAN EMAS DIGITAL
13.1. | Anda haruslah menjadi pemilik sah Akaun dan bertindak bagi pihak diri sendiri, bukan sebagai ejen atau wakil bagi pihak, individu dan organisasi yang lain. | ||||
13.2. | Harga yang ditawarkan kepada Pelanggan adalah harga pasaran emas semasa yang dipaparkan di dalam Platform. | ||||
13.3. | Hasil jualan akan dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Pelanggan yang didaftarkan di Platform menggunakan platform Financial Process Exchange (FPX). Amaun tersebut akan dipaparkan dalam T + 2 hari bekerja. | ||||
13.4. | Anda bertanggungjawab untuk membayar:
|
||||
13.5. | GO berhak untuk menolak sebarang permohonan penjualan daripada mana-mana Pelanggan sekiranya jumlah jualan harian agregat dari semua Pelanggan melebihi Had Agregat Harian atau pada bila-bila masa yang GO anggap sesuai. | ||||
13.6. | Had maksimum agregat harian adalah 1,000 gram dan tertakluk kepada budi bicara GO dari semasa ke semasa. |
14. PENUKARAN EMAS FIZIKAL
14.1. | GO akan bertindak sebagai ejen (wakil) kepada Pelanggan untuk menyimpan/memegang emas yang telah dibeli/ditukarkan di dalam penjagaannya sehingga pengambilan atau penghantaran dilakukan. | ||||
14.2. | Anda ditawarkan untuk menukar baki emas yang tersedia di dalam Akaun kepada emas cetak fizikal, berdasarkan dinominasi emas 0.5 gram, 1 gram, 2.5 gram, 4.25 gram (1 dinar), 5 gram, 10 gram, 21.25 gram (5 dinar), 50 gram dan 100 gram | ||||
14.3. | GO akan melantik Bilik Kebal Keselamatan untuk menyimpan Emas Digital sehingga Pelanggan memohon untuk penukaran emas fizikal. | ||||
14.4. | Setiap jongkong emas cetak fizikal mempunyai logo berjenama IGRTM yang eksklusif dan dikedap di dalam bungkusan keselamatan yang mempunyai Sijil perlindungan atau certiIGR yang menjamin ketulenan 999.9 dan berat. Semua jongkong IGR memenuhi LBMA Good Delivery Standard bagi memastikan tahap ketulenan dan kualiti tertinggi. | ||||
14.5. | Anda mengakui bahawa tanggungjawab LBMA, sebagai pihak berkuasa antarabangsa untuk emas fizikal:
|
||||
14.6. | Penukaran akaun emas kepada jongkong emas cetak fizikal hanya boleh dilaksanakan oleh Pelanggan yang mempunyai Akaun yang berdaftar. | ||||
14.7. | Ia adalah tanggungjawab Pelanggan untuk memastikan jongkong emas cetak fizikal Pelanggan dihantar ke alamat yang benar. Kegagalan untuk memastikan perkara tersebut boleh menyebabkan kehilangan jongkong emas cetak fizikal dan GO tidak bertanggungjawab ke atas kerugian tersebut. Kaedah penghantaran bagi jongkong emas cetak fizikal dalah melalui penghantaran kurier sahaja. | ||||
14.8. | Penghantaran akan mengambil masa selama 3-5 hari bekerja bagi Semenanjung Malaysia dan 3-7 hari bagi Sabah dan Sarawak. Anda juga boleh menyemak status penghantaran di Platform. | ||||
14.9. | GO akan menghubungi pelanggan apabila menerima emas cetak fizikal yang tidak dipungut daripada syarikat kurier, GO akan menyelaraskan dengan Pelanggan untuk penghantaran kali kedua dan kos penghantaran tersebut hendaklah dibayar oleh Pelanggan sebelum GO meneruskan proses penghantaran. | ||||
14.10. | Bagi Pelanggan yang membuat aduan berkenaan jongkong emas cetak fizikal adalah tidak tulen (i.e. emas adalah palsu), dan/atau hilang, Pelanggan hendaklah membuat laporan polis dan membuat aduan kepada pasukan khidmat pelanggan. GO juga mempunyai hak untuk menghubungi penguatkuasa perundangan, kerajaan atau pengawal selia berkenaan aduan tersebut. Tindakan seterusnya untuk menyelesaikan aduan akan diambil oleh GO selepas proses siasatan telah lengkap. |
15. FI DAN CAJ
15.1. | Pelanggan dengan ini mengakui bahawa fi dan caj yang dikenakan terhadap transaksi adalah seperti yang berikut:
|
16. PENJUALAN SEMULA JONGKONG EMAS CETAK FIZIKAL
16.1. | KT/GO tidak akan dipertanggungjawabkan terhadap spesifikasi emas IGR yang diedar sekiranya dijual di dalam pasaran kedua kepada pihak ketiga. |
16.2. | KT/GO tidak akan dipertanggungjawabkan untuk membeli jongkong emas cetak fizikal daripada Pelanggan. |
17. GANTI RUGI
17.1. | KT/GO tidak akan bertanggungjawab bagi setiap tindakan, tuntutan, kerugian, kos, caj dan perbelanjaan yang akan ditanggung, dialami, atau dilibatkan oleh Pelanggan hasil daripada mempunyai Akaun. |
17.2. | Pelanggan hendaklah pada setiap masa menanggung rugi KT/GO terhadap tindakan, tuntutan, kerugian, kerosakan dan perbelanjaan (termasuk kos perundangan atas dasar peguam dan anak guam) pada bila-bila masa oleh dan/atau disebabkan oleh mana-mana pihak terhadap KT/GO sekiranya berlaku pelanggaran terma-terma dan syarat-syarat oleh Pelanggan kecuali sekiranya tindakan, tuntutan, kerugian, kerosakan dan perbelanjaan yang timbul akibat daripada kecuaian, kesalahan atau penipuan oleh KT/GO. |
18. PENGGANTUNGAN AKAUN
18.1. | KT/GO boleh membekukan atau menggantung sebarang transaksi di dalam Akaun bagi apa-apa sebab mengikut budi bicaranya yang tidak bercanggah atau dilarang oleh undang-undang. |
18.2. | Penggantungan Akaun akan ditarik semula sebaik sahaja KT/GO berpuashati dengan tindakan yang diambil untuk menarik balik penggantungan tersebut. |
19. TUGASAN
19.1. | Semua hak, pemilikan, kepentingan dan faedah Akaun tidak boleh dipindah milik dan diserahkan dalam apa jua keadaan. |
19.2. | Ini termasuk cagaran atau lien yang dilakukan kepada Akaun dan KT/GO tidak akan dipertanggungjawabkan. |
20. PINDAAN TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT.
KT/GO mempunyai hak untuk menambah, meminda, memadam, tambahbaik, menukar sebahagian atau menukar semua atau mana-mana Terma-Terma dan Syarat-Syarat mengikut budi bicaranya dengan memberikan notis yang dianggap mencukupi sebelum menambah, meminda, memadam, tambahbaik, menukar semua atau mana-mana bahagian Terma-Terma dan Syarat-Syarat di Platform atau kaedah medium komunikasi lain yang difikirkan bersesuaian oleh KT/GO.
21. UNDANG-UNDANG TERPAKAI
Terma-Terma ini hendaklah tertakluk kepada, dikawal oleh dan ditafsirkan mengikut Undang-Undang Malaysia.
22. AKTA PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM, PENCEGAHAN PEMBIAYAAN KEGANASAN DAN HASIL DARIPADA AKTIVITI HARAM 2001 (AMLATFPUAA)
22.1. | Pelanggan hendaklah memastikan semua transaksi di dalam Akaun tidak digunakan bagi aktiviti haram yang bertentangan dengan AMLATFPUAA. |
22.2. | Pelanggan dengan ini mengaku semua duit yang dibayar bagi transaksi Akaun adalah daripada sumber aktiviti yang sah dan bukan hasil daripada aktiviti yang didefinisikan di bawah AMLATFPUAA. |