Di Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (“KT”), kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.
Oleh itu Notis Privasi ini menggariskan cara KT mengumpul, menggunakan, menyimpan dan mendedahkan data peribadi dan berhubung dengan urusniaga komersil serta cara KT melindungi data tersebut.
“Data Peribadi” merujuk kepada sebarang maklumat yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada anda dan/atau transaksi anda dengan kami. Maklumat ini termasuk nama, alamat, pekerjaan, butiran hubungan, butiran akaun anda, jenis produk dan/atau perkhidmatan yang dilanggan dan apa-apa maklumat lain yang diperlukan mengenai diri anda dan transaksi anda dengan kami. Untuk mengelakkan keraguan, sila ambil perhatian bahawa Notis Privasi ini hanya terpakai jika anda seorang individu.
“Data Peribadi Sensitif” merujuk sebagai maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental seseorang individu, pendapat politiknya, kepercayaan agamanya dan kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya, perlakuan atau penyataan perlakuan apa-apa kesalahan olehnya atau apa-apa data peribadi lain yang ditentukan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perlindungan data peribadi melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
Apabila anda meminta maklumat atau melanggan atau menggunakan produk dan perkhidmatan kami, anda mungkin dikehendaki memberikan data peribadi anda kepada KT. Dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda telah memberikan persetujuan penggunaan data peribadi anda oleh KT menurut Notis Privasi ini. Data peribadi anda juga mungkin telah dikemukakan kepada KT oleh pihak ketiga (contohnya, oleh pasangan anda, organisasi di mana anda bekerja, syarikat di mana anda merupakan pengarahnya, pegawai atau pemegang saham, atau perkongsian di mana anda merupakan rakan kongsi) untuk produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pihak ketiga berkenaan daripada kami.
Anda mempunyai pilihan, pada bila-bila masa, untuk tidak memberikan data peribadi anda atau menarik balik persetujuan anda untuk membenarkan KT memproses data peribadi anda. Walau bagaimanapun, kegagalan memberikan data peribadi tersebut atau tindakan anda menarik balik persetujuan anda untuk memproses data peribadi yang diberikan mungkin mengakibatkan KT tidak dapat menyediakan produk dan perkhidmatan kepada anda secara berkesan dan berterusan.
Dalam konteks ini, terma “anda” dalam Notis Privasi ini juga akan digunakan bagi mana-mana individu yang mana data peribadinya telah dikemukakan kepada KT dan/atau telah diperolehi menerusi kaedah seperti yang dinyatakan di dalam Perkara 3 Notis Privasi ini.
Bagi membolehkan kami melengkapkan transaksi kami dengan anda, menangani sebarang pertanyaan anda, membuka dan mengendalikan akaun/kemudahan untuk anda, dan secara amnya bagi membekalkan anda dengan produk dan perkhidmatan kami, dan untuk menjalankan tujuan-tujuan lain yang perlu bagi mengendalikan dan mengekalkan hubungan perniagaan kami dengan anda, kami perlu mengumpul dan memproses maklumat peribadi mengenai anda, termasuk maklumat yang berkaitan dengan identiti, kad pengenalan atau passport, imej dan biometric yang mewujudkan identiti dan latar belakang anda, status kewangan seperti butiran pendapatan atau cukai pendapatan, kedudukan kredit, spesimen tandatangan serta tandatangan digital atau elektronik seperti yang ditakrifkan di bawah undang-undang atau peraturan-peraturan yang terpakai, sejarah urusniaga, data elektronik atau maklumat lain yang berkaitan dengan anda seperti alamat IP, kuki, log aktiviti, pengecam dalam talian dan data lokasi melalui penggunaan produk dan perkhidmatan kami oleh anda atau sebagai sebahagian daripada penyampaian mereka kepada anda dan/atau kesesuaian anda untuk mana-mana produk/perkhidmatan kami yang dipohon oleh anda.
Kami mungkin mengumpul data peribadi sensitif anda jika anda berurusan dengan KT untuk memohon produk tertentu seperti takaful/insuran yang mengkehendaki anda supaya mendedahkan data peribadi sensitif tersebut kepada pihak kami. Kami hanya akan menggunakan data peribadi sensitif anda untuk menyediakan perkhidmatan yang diperlukan oleh anda sahaja. Jika kami memproses data peribadi sensitif anda, kami akan mendapatkan persetujuan anda terlebih dahulu.
Data peribadi yang kami kumpul boleh dikategorikan sebagai sama ada wajib diberikan atau diberikan secara sukarela. Data peribadi yang wajib diberikan ialah data peribadi yang kami perlukan supaya kami dapat menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda. Jika anda tidak memberikan data peribadi tersebut, kami tidak akan dapat menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda. Keperluan data peribadi yang diberikan secara sukarela ialah data peribadi yang tidak wajib diberikan bagi membolehkan kami menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda. Jika anda tidak memberikan data peribadi tersebut, anda masih boleh melanggan produk dan perkhidmatan kami.
Data peribadi yang wajib diberikan atau diberikan secara sukarela adalah berbeza-beza mengikut setiap produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan.
Kami memperoleh data peribadi anda dengan pelbagai cara, seperti:
(i) |
apabila anda melanggan atau menggunakan salah satu daripada perkhidmatan/produk yang kami sediakan atau apabila anda mendaftar akaun di laman sesawang KT; |
(ii) |
apabila anda menghubungi KT menerusi pelbagai kaedah seperti borang permohonan, e-mel dan surat, panggilan telefon serta perbualan anda dengan pusat panggilan kami. Jika anda menghubungi kami atau kami menghubungi anda melalui telefon, kami mungkin memantau atau merekodkan panggilan telefon tersebut untuk tujuan jaminan kualiti, latihan dan keselamatan; |
(iii) |
daripada analisa yang kami lakukan terhadap transaksi anda; |
(iv) |
kami juga mungkin memperoleh data peribadi anda apabila anda menyertai kaji selidik pelanggan atau apabila anda mendaftar diri untuk mana-mana peraduan, kempen atau promosi kami; |
(v) |
apabila kami memperolehi apa-apa data dan maklumat daripada pihak ketiga (contohnya: agensi kawal selia dan penguatkuasaan yang dibenarkan, agensi rujukan kredit, majikan, pemegang akaun, penjamin, wakil pihak guaman, pasangan, ibu bapa, penjaga, tanggungan syarikat/perkongsian yang anda merupakan pengarahnya dan pemegang saham dalam perkongsian; |
(vi) |
daripada Jabatan Insolvensi Malaysia, pihak berkuasa kerajaan dan/atau agensi penguatkuasa undang-undang yang berkaitan untuk memastikan antara lain kedudukan kewangan semasa dan masa lalu; |
(vii) |
maklumat yang diterima daripada tuntutan insurans atau dokumen lain; |
(viii) |
apabila anda memeterai sebarang transaksi komersial dengan KT, termasuk tetapi tidak terhad, bagi menyediakan barangan dan/atau perkhidmatan atau perkhidmatan profesional anda; |
(ix) |
daripada rakaman video litar tertutup (CCTV) dan rakaman audio; |
(x) |
daripada sumber-sumber umum; dan/atau |
(xi) |
laman sesawang dan media sosial KT yang lain. |
Kami mungkin melakukan pemprosesan data peribadi anda untuk sebab-sebab berikut:
(i) |
menilai permohonan anda untuk mana-mana produk dan perkhidmatan kami; |
(ii) |
untuk memberitahu anda tentang faedah dan perubahan kepada ciri-ciri produk dan perkhidmatan; |
(iii) |
mengurus dan menyelenggara akaun dan kemudahan anda; |
(iv) |
menilai keperluan kewangan anda dan meneruskan pelaksanaan obligasi kontrak yang diikat antara KT dengan diri anda; |
(v) |
menjawab pertanyaan dan aduan anda serta menyelesaikan pertikaian; |
(vi) |
untuk melakukan kaji selidik pasaran dan analisis trend bagi menambahbaik produk dan perkhidmatan kami; |
(vii) |
untuk memasarkan dan memberi anda maklumat mengenai produk kami dan/atau produk pihak ketiga yang terpilih, perkhidmatan, tawaran dan/atau peraduan yang mungkin menarik minat anda (di mana kami mungkin diberi atau tidak diberi ganjaran) dan dalam hal ini, untuk menghubungi anda melalui khidmat sistem pesanan ringkas (“SMS”), telefon atau peranti mudah alih, e-mel, faks, surat, laman web atau pelayar, media sosial atau pesanan, secara peribadi dan/atau mana-mana saluran komunikasi lain yang sesuai; |
(viii) |
untuk menguruskan pembabitan anda dalam sebarang peraduan, kempen atau promosi kami; |
(ix) |
untuk sebarang tujuan seperti yang dinyatakan dalam terma dan syarat produk kami dan jika berkatian, terma dan syarat peraduan dan kempen; |
(x) |
untuk memindahkan atau memperuntukkan hak, kepentingan dan kewajipan kami di bawah mana-mana perjanjian anda dengan kami; |
(xi) |
untuk melindungi atau menguatkuasakan hak kami untuk mendapatkan sebarang hutang yang terhutang kepada kami; |
(xii) |
untuk menguatkuasakan dan/atau mempertahankan mana-mana hak kami; |
(xiii) |
untuk mengawal dan mencegah jenayah kewangan (termasuk tetapi tidak terhad kepada penggubahan wang haram dan pencegahan, pengenalpastian dan pendakwaan kes-kes penipuan); |
(xiv) |
memenuhi keperluan undang-undang atau garis panduan; |
(xv) |
fungsi dalaman seperti menilai keberkesanan pemasaran, penyelidikan pasaran, analisa dan pemodelan statistik, pelaporan, pengurusan audit dan risiko serta mencegah penipuan; dan/atau |
(xvi) |
untuk memenuhi keperluan pihak berwajib atau keperluan perundangan yang termaktub. |
Selain itu, kami juga mungkin menggunakan data peribadi anda untuk memenuhi apa-apa keperluan kawal selia dan untuk apa-apa sebab lain yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan yang anda perlukan.
Sebagai sebahagian daripada menyediakan anda dengan produk dan perkhidmatan kami dan pengurusan dan/atau operasinya dan untuk tujuan yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini berkaitan dengan penggunaan data peribadi anda oleh kami, anda bersetuju dan memberi kebenaran kepada kami untuk mendedahkan maklumat tentang anda dan/atau akaun dan/atau kemudahan anda bersama kami kepada:
(i) |
mana-mana pegawai, pekerja, ejen atau pengarah, anak-anak syarikat, syarikat-syarikat bersekutu, dan pejabat-pejabat cawangan; |
(ii) |
pihak-pihak ketiga seperti penasihat professional atau agen-agen mereka, peguam, juruaudit, rakan-rakan kongsi strategik, pembekal-pembekal perkhidmatan, syarikat insurans/pengendali Takaful atau broker insurans/Takaful, pembekal dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga, peniaga-peniaga, vendor-vendor dan/atau pengutip hutang yang tertakluk di bawah tanggungjawab kerahsiaan kepada KT; |
(iii) |
syarikat dan/atau organisasi yang membantu kami dalam memproses dan/atau sebaliknya memenuhi transaksi yang anda minta; |
(iv) |
syarikat dan/atau organisasi yang membantu kami dalam menyediakan perkhidmatan tambah nilai yang anda minta; |
(v) |
syarikat dan/atau organisasi yang menyediakan perkhidmatan kepada kami dalam menyampaikan atau memaklumkan maklumat tentang produk dan perkhidmatan kami kepada anda; |
(vi) |
mana-mana pemegang amanah, benefisiari, pentadbir atau pelaksana; |
(vii) |
mana-mana pihak ketiga akibat penyusunan semula kemudahan/pembiayaan yang diberikan kepada anda atau penjualan hutang, penerima pindahan hak-hak dan/atau kepentingan KT di bawah apa-apa transaksi diantara anda dan KT dengan syarat bahawa mana-mana penerima menggunakan maklumat anda untuk tujuan yang sama ia pada asalnya dibekalkan kepada kami dan/atau digunakan oleh kami; |
(viii) |
mana-mana penjamin atau pemberi jaminan untuk kemudahan yang diberikan oleh kami kepada anda; |
(ix) |
agensi penguatkuasaan, kawal selia dan kerajaan, seperti yang dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang, dibenarkan oleh mana-mana perintah mahkamah dan/atau tribunal atau untuk memenuhi obligasi kepada pihak berkuasa kawal selia; |
(x) |
mana-mana pemegang serah hak sebenar atau pun yang berpotensi, “novatee” atau penerima pindahan hak-hak dan/atau tanggungjawab KT di bawah apa-apa transaksi di antara KT dan anda (atau mana-mana ejen atau penasihat professional); |
(xi) |
pihak yang diberi kebenaran oleh anda (contoh: peguam, penasihat kewangan dan juruaudit); |
(xii) |
biro kredit atau agensi pelaporan kredit dan agensi pencegahan penipuan; |
(xiii) |
peguam, penasihat kewangan dan juruaudit; dan/atau |
(xiv) |
mana-mana pihak yang memberikan sekuriti bagi pembiayaan anda |
(ix) |
agensi penguatkuasaan, kawal selia dan kerajaan, seperti yang dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang, dibenarkan oleh mana-mana perintah mahkamah dan/atau tribunal atau untuk memenuhi obligasi kepada pihak berkuasa kawal selia; |
Anda mungkin menerima bahan/makluman pemasaran daripada pihak kami atau entiti lain tentang produk dan perkhidmatan yang mungkin menarik minat anda. Jika anda berhasrat untuk tidak mahu menerima bahan/makluman pemasaran ini, sila maklumkan kepada pihak kami untuk menarik balik persetujuan anda dan kami akan berhenti memproses dan berkongsi data peribadi anda dengan entiti lain untuk tujuan penghantaran bahan/makluman pemasaran kepada anda.
Anda mempunyai pilihan untuk menarik balik persetujuan anda untuk menerima bahan/ makluman pemasaran atau promosi. Anda boleh menghubungi kami menggunakan maklumat hubungan yang diberikan di bawah. Sila ambil maklum bahawa sebaik sahaja kami menerima pengesahan tentang permintaan untuk menarik balik persetujuan anda untuk menerima bahan/makluman pemasaran atau promosi, ia mungkin mengambil masa sehingga empat belas (14) hari bekerja sebelum penarikan balik persetujuan anda dipaparkan dalam sistem kami. Oleh itu, anda mungkin masih menerima bahan/makluman pemasaran atau promosi semasa tempoh tersebut.
Sila ambil perhatian bahawa walaupun anda memilih untuk tidak lagi menerima bahan/makluman pemasaran atau promosi, KT mungkin masih menghubungi anda untuk tujuan lain berhubung dengan akaun, kemudahan atau perkhidmatan yang anda pegang dengan KT. Jika anda telah mengemukakan data peribadi pihak ketiga kepada KT, sila pastikan bahawa anda telah mendapatkan kebenaran daripada pihak ketiga yang berkenaan untuk pemprosesan dan pendedahan data peribadi mereka dan Notis Privasi ini telah dikemukakan terlebih dahulu untuk perhatian pihak ketiga tersebut.
KT boleh memindahkan data peribadi anda di luar Malaysia sekiranya mana-mana penyedia perkhidmatan terletak di negara-negara lain. Pemindahan sedemikian adalah diperlukan dengan tujuan untuk melaksanakan atau menyelesaikan perkhidmatan KT kepada anda, untuk melaksanakan atau menyelesaikan perjanjian-perjanjian KT dengan pihak ketiga dan untuk prosiding undang-undang atau mendapatkan nasihat undang-undang.
Sekiranya keperluan operasi timbul di mana data peribadi anda perlu diproses, digunakan, dipindahkan atau disimpan di luar Malaysia, KT akan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memastikan data peribadi anda digunakan dengan selamat dan mana-mana penyedia servis yang terlibat dengan KT adalah terikat dengan perjanjian untuk tidak memberikan data peribadi anda untuk apa-apa tujuan selain daripada apa yang telah dijanjikan dalam perjanjian dan adalah selaras dengan Notis Privasi ini serta bidangkuasa undang-undang data peribadi masing-masing. Dalam hal ini, anda memberikan kebenaran kepada KT untuk memindahkan data peribadi anda di luar Malaysia.
Keselamatan data peribadi anda merupakan keutamaan kami. KT mengambil semua langkah fizikal, teknikal dan organisasi yang diperlukan untuk memastikan keselamatan dan kerahsiaan data peribadi. Jika kami mendedahkan apa-apa data peribadi anda kepada pihak-pihak yang dinyatakan di di atas, mereka mempunyai obligasi untuk melindungi data peribadi yang diberikan kepada mereka sewajarnya
Kami hanya akan menyimpan data peribadi anda selama mana yang perlu untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan dan/atau untuk mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan serta keperluan dalaman.
Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin mengemas kini Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Semak semula Notis Privasi ini dari semasa ke semasa supaya anda sentiasa maklum tentang cara kami mengendalikan dan melindungi maklumat anda.
Kami komited untuk memastikan data peribadi anda yang kami pegang adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Jika terdapat apa-apa perubahan pada data peribadi anda atau jika anda percaya bahawa data peribadi anda yang kami pegang adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau bukan yang terkini, sila hubungi kami supaya kami boleh mengambil langkah untuk mengemas kini data peribadi anda.
Anda mempunyai hak untuk mengakses data peribadi anda dengan menghubungi kami. Kami juga mungkin mengambil langkah untuk mengesahkan identiti anda sebelum memenuhi permintaan tersebut.
Jika anda perlu menghubungi kami, anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan kami atau menelefon Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian utama 03-2302 0000 atau melayari www.katmb.com.my.
Notis Privasi ini disediakan dalam versi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Jika terdapat apa-apa ketaktekalan antara kedua-dua versi ini, versi bahasa Melayu akan digunakan.